Harga Promosi Penapis Air Jenama Imtiyaaz - Halal, Murah & Berkualiti

FAKTA PENTING!!! 
Ramai pengguna Islam tidak menyedari kebanyakan seramik penapis air diperbuat daripada Tulang Haiwan yang dihancurkan !
Fakta Kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat daripada Tulang BABI !!! 

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan & Jepun. Malah produk bahan penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

HALALKAH Penapis Air Seramik yang ada di pasaran?
Penyelesaiannya???
SEGERA dapatkan Produk IMTIYAAZ hari ini.
Tanpa Bahan Seramik.. Gunakan tanpa WAS-WAS !
Mencari yang HALAL itu wajib...


Di sini kami memperkenalkan 3 produk IMTIYAAZ iaitu DR. IMTIYAAZ, IMTIYAAZ EXCLUSIVE, dan IMTIYAAZ. Kesemuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Apa yang pasti produk HALAL, MURAH, SUCI dan SELAMAT.

1. Dr. Imtiyaaz 

* SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Tabung penapis air yang unik (berwarna-warni dan berbentuk seperti kubah) 

Dr. Imtiyaaz merupakan produk sistem penapisan berteknologi tinggi Fir-Nano. Direka cipta dan dihasilkan untuk menapis dan merawat air yang sudah tercerna kepada air hidup (air sempurna) yang amat penting kepada kehidupan terutama tubuh badan manusia, melalui teknologi tinggi Fir-Nano. Bio Seramik dalam sistem ini akan menghasilkan FIR yang menyebabkan resonan ini akan lebih tinggi tenaga, oksigen dan paling penting molekul-molekul air akan terbentuk hexagon halus. Tubuh badan manusia akan lebih cepat dan mudah menyerap molekul-molekul air yang halus untuk menjadikan air hidup berperanan terhadap seluruh sistem dektosifikasi, sistem neautralisasi dan sistem immunisasi (DNI). 

TABUNG A : SERAMIK 
   Liang  bersaiz 0.9 mikron menapis bahan tercemar iaitu kelodak pepejal seperti kotoran, pasir lumpur, karat besi, dan bakteria-bakteria parasit sehingga 99.999%. Penapisan akan membasmi kuman dan air tidak perlu dididihkan.

TABUNG B : BECTERIOSTATIC FILTER MEDIA
    Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan warna, rasa , bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.

TABUNG C : KDF + RESIN + ACTIVATED CARBON BLOCK
  Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA & FDA International Safety Standard dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpai. Unsur Resin pula melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

TABUNG D : SILVER CARBON BLOCK
    Memenuhi piawaian  keselamatan antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

TABUNG E  : BIO-MICRO BALL
    Teknologi penukar tenaga menghasilkan cahaya merah jarak jauh (FIR) yang berfungsi untuk memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil serta berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen,

TABUNG F  :  NANO CERAMIC BALL + BIO-MICRO 
   Penstabilan tenaga berteknologi nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk meninggkatkan immunisasi dan fungsi dektofikasi.


2. Imtiyaaz Exclusive 

* SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
 Produk terbaru dengan 6 tabung menggunakan tempurung kelapa !

TABUNG  A : ACTIVATED CARBON
BAHAN :
- TEMPURUNG KELAPA(100%) DENGAN PROSES STEAM ACTIVATION
Bahan karbon diaktifkan dalam sistem penapisan air yang terbaik adalah dari tempurung kelapa dan kualitinya bergantung kepada bahan dan cara pemprosesan. Karbon diaktifkan menjadi penyerap yang berkesan dan dapat menapis bahan-bahan seperti :
a) Bahan-bahan organik
b) Partikel-partikel detergent, klorin, bahan-bahan kimia, racun serangga
c) Hilangkan bau dan warna
d) Menyekat virus dan bakteria
* Jangka hayat : 1 tahun 

TABUNG B : BATU MINERAL & KDF-55
BAHAN :
- BATU MINERAL DARI BAWAH PARAS LAUT 400 METER (PUNCA YANG TIDAK DICEMARI)
Batu mineral mempunyai "zeolite" di mana ia dapat mengeluarkan atau memproses penukaran pelbagai jenis bahan-bahan mineral seperti ion kalsium.
KDF - Kinetik Degradation Fluxion
KDF-55 dari USA yang telah diiktiraf oleh FDA dan EPA
Bahan-bahan KDF-55 adalah formula campuran gangsa dan zink di mana ia akan bertindak terhadap logam-logam berat seperti LEAD, MERCURY, NIKEL, CHROMIUM, KLORIN.
* Jangka hayat : 4 tahun 

TABUNG C : ENERGY CONVERTER
BAHAN :
- FAR-INFRARED ENERGY PHI BALL
Batu tenaga yang dapat mengeluarkan gelombang merah yang panjang. Gelombang semulajadi ini dapat memecahkan kelompok molekul air yang besar menjadi halus dengan getarannya. Air yang halus ini mempunyai tenaga atau aura tinggi. Air ini akan menjadi seperti spring water semulajadi. Proses ini dapat :
a) Menambah oksigen
b) Menambah ion-ion mineral
c) Mengekalkan air
d) Menyekat pertumbuhan bakteria dan virus 
* Jangka hayat : 5 tahun

TABUNG D : NANO SILVER FILTER CTO (NSF)
Nano merupakan unit sukatan yang sangat kecil.
Satu Nano Silver = satu bahagian dari 1 meter dibahagi kepada 1 billion.
Ujikaji makmal telah membuktikan bahan Ion Silver dapat bunuh 650 jenis kuman. Silver yang dihasilkan dalam saiz sangat kecil iaitu nano saiz menjadi ia sangat berkesan. Oleh itu ia adalah cara yang termoden masa kini bagi sistem penapis air untuk basmi kuman.
* Jangka hayat : 2 tahun 

TABUNG E : ALKALINE ION
Campuran bahan logam yang dapat menghasilkan ORP NEGATIF.
ORP : Oxidation Reduction Potential
a) ORP - Kurangkan/Lambatkan proses pengoksidaan
b) Hasilkan pH 9 dimana dapat meningkatkan daya tubuh badan kita
* Jangka hayat : 2 tahun

TABUNG PRE (LUAR)
Pre Sediment Filter
Langkah pertama untuk menangkis karat,habuk,tanah,sisa-sisa tercemar,klorin dan sebagainya
* Jangka hayat : 3 hingga 6 bulan

3. Imtiyaaz 

* SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Air yang terhasil dari Penapis Air Imtiyaaz mengandungi 5 kelebihan yang utama :

1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksik dalam badan hasil           
    daripada pemakanan yang tidak seimbang.
2. Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.
3. Molekul air yang halus (Teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.
4. Bersih, selamat dan tidak mengandungi kendungan yang membahayakan kesihatan.
5. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan minum tanpa was-was.

* SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

TABUNG PRE (LUAR) - PRE SEDIMENT FILTER
Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya. 
Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55
Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan, dan bahan pencemar yang lain. 
Cadangan penukaran: 12 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG B – Blok Karbon Aktif
Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum
  • Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
  • Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
  • Mempunyai kesan anti-oksida.
  • Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.
Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG D - Blok Karbon Aktif Nano Perak
Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkiskan bahan kimia yang bahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium, merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita.
Cadangan penukaran: 24 bulan bergantung kepada keadaan air paip.


MENGAPA PERLU BERBELANJA LEBIH?

Kualiti Penapis Air IMTIYAAZ setanding jenama lain di pasaran. 
Belilah seunit untuk anda sekarang demi kesihatan anda sekeluarga.

Maklumat kredit to :
http://pakarair.blogspot.com/2010/07/penapis-seramik-mengandungi-tulang-babi.html